Jumaat, 17 Februari 2012

Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?



Contoh situasi:

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.” 

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja[1]. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah[2] sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah[3]. Padahal, baginda ma’sum dan saya  tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah[4] (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,” 

“Apa bezanya?” 

“Dari sudut impak, apa terjadi jika kita tarik rambut adik kita dengan anggap ia cuma dosa kecil?” saya membuat analogi.

“Biasa sahaja. Dia nangis. Ibupun marah kita,” 

“Apa pula yang terjadi jika kita tarik rambut sultan dengan anggap ia dosa kecil?” 

“Sultan mesti murka. Kita kena gantung universiti. Ditarik biasiswa. Dituduh tidak beradab dan banyak lagi,”.

“Jangan main-main dengan dosa kecil,”

“Apa nak risau? Dosa kecilkan terhapus dengan wudhuk,” katanya.

“Rasulullah SAW tidak mengajar kita meremehkan dosa kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baginda yang ma’sum banyak beristighfar. Lagipun, adakah wudhuk kita cukup diterima di sisi Allah? Solat kitapun, jika tidak lengkap rukun fi’li, qauli dan qalbi (perbuatan, kata-kata dan hati) belum tentu menghalang daripada perbuatan keji dan mungkar.”

"Hmm, rukun qalbi sering kita lupakan sedangkan amalan sebesar gunung boleh menjadi debu-debu berterbangan tanpa lurusnya hati."

 “Jadi, persoalannya sekarang, bukan membesar-besarkan mana bab zina hati dan mana bukan. Tetapi, bertanya diri, bagaimana menjadikan rindu yang fitrah ini kekal sihat? Dengan terus melayan ingatan? Atau menyegarkan hati dengan zikrullah? Salahkah saya melazimi istighfar?” saya lontarkan lagi persoalan.

“Dalam bab couple, awak selalu berpesan supaya jaga hati. Bukankah ia fitrah. Besar sangatkah bab hati ini?”

“Ya, sudah tentu. Sebesar membaikkan seorang raja agar rakyatnya menjadi baik. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah[5] Fitrah boleh jadi fitnah..”

“Rasululullah SAW dulu sibuk bab politik dan negara, bukan bab remeh-temeh soal hati ini.”

“Islam itu syumul, merangkumi semua. Rasulullah SAW dulu berjaya mengubah masyarakat jahiliah kerana berjaya mengubah hati. Rasulullah SAW tidak terus mengubah ‘akibat penyakit’ seperti kegawatan ekonomi yang dimonopoli Yahudi, perang saudara, minum arak, bunuh anak perempuan dan sebagainya. Tapi baginda bermula dengan ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati. 13 tahun baginda fokus membina hubungan hati manusia dengan Allah. Menekankan akidah.“

“Kalau begitu, masalah couple yang banyak berlaku sebenarnya suatu ‘akibat penyakit’? Ia berpunca daripada ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati?”

“Jika awak memahami begitu, barulah awak akan memahami kenapa saya selalu berpesan jagalah hati. Bukan terus-terusan menganggap saya asyik menghukum diri dengan zina hati. Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera. (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)”

 "Saya takut awak memayah-mayahkan Islam. Tidak ambil yang pertengahan."

"Awak berniat baik. Marilah kita saling membela mana yang benar dan saling melengkap mana yang kurang. Bukan saling menjatuhkan. Saya yakin awak tidak begitu. Awak pernah belek apa kata ketua ulama sedunia, global mufti berkenaan hukum bercinta sebelum menikah? Beliau terkenal mempromosikan fikrah pertengahan kepada dunia. Apa yang kita anggap memayah-mayahkan kadang kala itulah fikrah sebenar fikrah pertengahan."


**Wanita Acuan Al-Quran**


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu



Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak 
Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT

Khamis, 16 Februari 2012

5 Tips Memilih Teman Baik


            "Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ye? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.
Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
              Maka, 
Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.
              Nak cari di mana?
Hmm, memang susah nak cari. 
Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.
Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
              Bagaimana menghargai?
Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'. 
Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?
              Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.
              Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:
1.      Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3.      Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5.      Orang yang benar perkataannya:  Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Fatwa Cinta

Berpacaran sebelum bernikah: 'Sudi'kah kita disakiti di dunia dan di akhirat?


Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi :

أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'ashirah - 2].


Pandangan dari bekas mufti Arab Saudi, Syeikh Utsaimin mengenai 'hubungan percintaan diantara dua insan' :-


التواصل بين المتحابين على غير وجهٍ شرعي هذا هو البلاء ، وهو قطع الأعناق والظهور ، فلا يحل في هذه الحال أن يتصل الرجل بالمرأة ، والمرأة بالرجل ، ويقول إنه يرغب في زواجها ، بل يخبر وليها أنه يريد زواجها ، أو تخبر هي وليها أنها تريد الزواج منه ، كما فعل عمر رضي الله عنه حينما عرض ابنته حفصة على أبي بكر وعثمان رضي الله عنهما
وأما أن تقوم المرأة مباشرة بالاتصال بالرجل فهذا محل فتنة
"Hubungan diantara kekasih adalah tidak wajar dan tidak syarie, ia murupakan jalan mengundang bala' dan bencana yang sebenar. Tidak dibenarkan bagi seorang lelaki menghubungi wanita didalam kes ini (bercinta), atau bagi wanita menghubungi lelaki tersebut. Jika dia berkata bahawa dia ingin mengkahwini wanita tersebut, maka hendaklah ia memberitahu walinya bahawa dia ingin berkahwin dengan wanita tersebut, atau wanita tersebut memberitahu walinya bahawa dia ingin mengkahwini lelaki tersebut, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar ra dimana beliau telah menawarkan anaknya Hafsah berkahwin dengan Abu Bakar ra dan Uthman ra. Akan tetapi jika wanita tersebut menghubungi lelaki tersebut secara terus, maka ini merupakan punya fitnah." - As’ilat al-Baab il-Maftooh (Soalan no. 868).

Tahu Dan Sedar

Bismillah walhamdulillah.
Assalamualaikum. (:
Sahabat-sahabat yang dikasihi (eceh. Skema. Kan?), apa khabar iman semua? Sihat-sihat lagi ke dak? Mudah-mudahan semua sihatlah yek. Kalau tak sihat, bagi supplement kat iman tu.
Eh. Apa dia supplement iman?
Banyak… supplement bagi iman tu, benda-benda sunat la. Solat-solat sunat, berzikir, berfikir, bermuhasabah, mentadabbur al-Quran dan memacam lagi. :)
Alhamdulillah. Boleh ikut? InshaAllah, cuba untuk ikut, cuba untuk buat dan cuba untuk istiqomah. Buat sikit-sikit dan istiqomah. (:

InshaAllah. Entri kali ni, sangatlah ringkas. Sekadar mahu ‘menghentak’ fikiran saya, kamu dan kita semua untuk berfikir dan ‘membasahkan’ hati-hati kita yang selalu sangat kering.

Tahu. Sedar.
Kamu tahu, tapi kamu sedar atau tidak?
Semua tahu, tapi ramai yang belum sedar.
Semua tahu, tapi ramai yang pura-pura tak sedar.
Dan ada juga yang tak tahu, dan sentiasa tidak mahu sedar.
(Eh. Apa ni. Tahu, sedar. Sedar, tahu. Tahu apa? Sedar apa?)

Mari. Mari, saya suka untuk mengajak kita sama-sama melapangkan minda dan berfikir sesuatu. (:
Semoga Allah memahamkan saya. Memahamkan kamu. Memahamkan kita semua.

Meredah onak fikiran.
Tahu akan kewajipan mentaati Allah. Tapi, kita sedar atau tidak akan kenapa kita mesti dan mesti mentaati Allah?
Tahu akan kewajipan solat. Tapi, kita sedar atau tidak akan kesan solat dalam kehidupan kita?
Tahu akan kewajipan menutup aurat. Tapi, kita sedar atau tidak akan amanah kita dalam menjaga tubuh kita?
Tahu akan kewajipan berdakwah. Tapi, kita sedar atau tidak akan perhitungan yang Allah lakukan di akhirat nanti atas apa yang kita telah buat?
Ya. Banyak lagi.
Kita tahu dan kita tahu.
Tapi, sebenarnya, kita sedar ataupun tidak?
Sedar itu sesuatu yang beza. Ianya masuk di dalam hati, menerang di dalam jiwa, menyinar pada iman.
Sedang Tahu itu sekadar menyinggah di hati kemudian ia pergi meninggalkan jiwa dan iman. Jika tidak berdamping dengan ‘Sedar’, maka ‘Tahu’ akan lemah.
Lalu bagaimana?
Bagaimana yang bagaimana?
Itulah yang terjadi pada kita! Kita selalu cuma mahu tahu, dan selalu sangat, kita tidak mahu sedar atau malas-malas mahu sedar.
Allah. Lemahnya kita.

Sedar dan sedar.
Itulah kunci untuk banyak perkara. Nak berhijrah sekalipun, dari kurang baik kepada baik, keSedaran itu yang utama. Jika tidak punya ‘sedar’ dalam diri, memang tak kan mampu untuk berhijrah mahupun keluar dari kepompong kejahilan.
Bilamana kita sedar, kita akan mudah melakukan apa saja kebaikan. Susah atau tidak, kita InshaAllah tidak mengeluh dalam melakukan kebaikan, kita tidak berputus asa bila gagal, kita tidak kecewa bila diuji dan diuji. Kerana apa?
Kerana kita sedar. Allah bagi kita secebis rasa ‘sedar’ akan apa saja yang Allah takdirkan itu bersebab, berhikmah.
Ya. Ramai orang tahu, Allah datangkan dugaan dan ujian kerana ada hikmah disebaliknya. Tapi, sejauh mana sesorang itu sedar akan kenikmatan ujian itu? Sejauh mana seseorang itu yakin seyakin-yakinnya bahawasanya ujian yang Allah turunkan itu tanda Allah sangat sayang?
Benar. Ramai orang tahu tapi dan tapi, ramai juga yang masih menangis kecundang dengan emosi sendiri. Kan?
Ha. Kerana apa kecundang?
Kerana tidak Sedarlah! Kerana rapuh dalam keyakinan! Lembik dalam keteguhan sedar!
Itu!

Sentiasa Tahu. Sedar sentiasa.
Allah. Saya yang menaip juga terasa. Saya yang berkongsi juga merasa. Terkadang, saya juga tahu tapi buat-buat tidak mahu sedar. Atas alasan, selesa dalam keadaan yang sedia ada, tidak mahu beranjak dan tidak mahu berubah.
Selalu saja lemah. Kitalah. Degil. Tidak mahu berubah.
(Allah. Jangan emosi. Mari kembali tenang.)
Sahabat, inilah jalannya. Inilah hakikatnya.
Sesuatu yang indah, sesuatu yang nikmat, pastinya tidak akan mudah.
Begitu juga dengan hal ini. Berubah, berhijrah, melakukan kebaikan.
Ya. Mengorak langkah untuk melakukan kebaikan adalah sesuatu yang bukan mudah malah ia suatu perjuangan.
Memulakan saja sudah perit. Apatah lagi mahu berterusan. Berganda-ganda kesakitannya.
Tapi, ingatlah sahabat-sahabat,
Sungguh. Kenikmatan melakukan kebaikan tidaklah mampu diluahkan. Bilamana kita merasa nikmat melakukan kebaikan, InshaAllah, kita tidak akan mahu untuk berhenti.
Tatkala kita benar-benar ‘Sedar’ akan kelazatan melakukan kebaikan, melakukan apa saja yang Allah suruh, InshaAllah, pada masa itu, kita adalah orang yang sangat bahagia.
Allah. Melakukan kebaikan itu suatu yang membahagiakan jiwa. *Pejam mata dan rasa.*
Dan dengan syarat, kita kena sentiasa Tahu akan wajipnya kita dalam melakukan kebaikan dan kita kena Sedar sentiasa yang Allah bersama orang-orang yang melakukan kebaikan.
Sedar sentiasa yang melakukan kebaikan ini tiada hentinya.
Tiada noktahnya.
Allah.

Bersama merasa.
Hati saya dan kamu.
Mari kita satukan kerana Allah.
Mari rasa apa yang saya rasa.
Jangan berhenti merasa. (‘:

Andai saja mampu ku rayu, Aku mahu rayu ini,
“Ya Allah, gagahkanlah diriku dalam terus menerus melakukan kebaikan dan halangilah aku dalam melakukan kejahatan walau sekecil zarah dan marahilah aku jika aku berniat melakukan kemaksiatan.”

Merungkai Masalah



Bila kita ada masalah,
kekadang kita rasa tak tahan dan kita nak juga luah pada teman kita, kawan kita, adik-beradik kita, dan sesiapa saja yang kita rasa dekat dan percaya.
Kita masih mahu meluahkan walaupun kita tahu, Allah sebaik-baik pendengar.
Kenapa?
Sebab kita rasa, kita mahu bercerita dengan ‘manusia’, yang kita boleh lihat dengan mata kasar kita,
kononnya, kita mahu lega lepas meluahkan semuanya.
Tapi, selalunya, hati kita masih juga tak lega-lega selepas kita berhempas-pulas meluahkan dengan manusia yang kita percaya tu.
Sekali lagi, Kenapa?
Sebab, ‘percaya’ dan ‘yakin’ kita silap.
Kita mengharap kelegaan selepas kita meluahkan dengan manusia, kita merasakan kita akan lega kalau luah dengan manusia. Kita mengharap pada manusia untuk menenangkan dan melegakan kita.
Padahal?
Kelegaan dan ketenangan itu hanya wujud dan hadir dari Allah.
Eh. Bukanlah saya bermaksud, tak boleh meluahkan pada manusia, bukan. Yang saya mahu jelaskan adalah persoalan keyakinan kita.
Nak meluahkan dengan manusia? Luahkan sepenuh hatimu. Tapi, jangan yakin yang manusia akan membuat hatimu tenang. Nanti kamu pasti akan kecewa.
Meluahkan dengan manusia itu cuma usaha kecil kita. Yang memberi ketenangan dan kelegaan itu Tugas Allah. Bukan manusia.
Itu sebab, akan ada yang mengatakan, “Luah dan bagitau masalah dengan sesiapapun, hati tak pernah lega. Hati tak akan tenang.”
Kerana, hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.
Ingat ya. :’)

Memberi Selagi Mampu



“Malulah. Kalau nasihat macamana pun, mereka bukan dengar.”
“Sia-sia je. Takde orang nak dengar pun.”
“Boringlah. Hari-hari cakap benda baik. Penat ok. Kekadang nak jugak mengarut-ngarut.”
“Kalau setakat syok sendiri, takde orang nak baca, takde orang nak baca, atau seorang je yang baca, buat apa? Tak ke tu buang masa jee…?”
>>Itulah antara JUTAAN alasan golongan yang merasa muak dengan jalan kebaikan, yang merasa tiada untungnya menyampaikan nasihat.
Malu?
Malu sebab?
Takde ilmu?
Kalau rasa belum cukup ilmu, sampai bila-bila kita tak akan beranjak untuk berdakwah dan menyampaikan.
Kenapa?
Sebab ilmu yang mansuia miliki tak akan pernah cukup. Ilmu kita terbatas! Jadi, takde istilah –> “Aku tak cukup ilmu nak berdakwah.”
Sia-sia? Takde orang dengar?
Kalau anda sendiri tak usaha dengan sebenar-benar usaha, bagaimana mungkin ada orang nak dengar?
Prinsipnya di sini, usaha dulu.
Orang terima atau tidak, itu urusan kemudian.
Yang memberi hidayah itu Allah. Yang membuka hati manusia itu Allah.
Kerja kita? Sampaikan tanpa lelah!
Boring? Bosan?
Hidup di dunia ini SEKEJAP je. Kita ada lagi satu kehidupan di akhirat nanti.
Berdakwah dan kumpullah amalan SEBANYAKNYA di dunia ni seMAMPU kita. Kelak pada hari perhitungan amal kita, kita sudah tidak terdaya untuk menyampaikan.
Jadi, ada istilah bosan ke?
Ingat, Allah TIDAK TIDUR dalam memerhatikan kita. Malaikat TIDAK BUTA dalam mencatat setiap amal kita.
Nak mengarut?
Kalau sia-sia tanpa sebarang manfaat, TINGGALKAN LAH.
“Dunia ini terlalu SEKETIKA untuk kita mengarut. Tak sempat!”
Tapi…ramai sungguh antara kita yang GEMAR MENGARUT-NGARUT DAN BERKATA SIA-SIA. Kann?
Kenapa agak-agak?
Kerana kealpaan kita tentang hari akhirat. Yup, kita alpa sebabbb, KITA TAK NAMPAK DOSA PAHALA, KITA TAK MAMPU BAYANGKAN, KITA TAK NAMPAK SYURGA DAN NERAKA.
Sebab itu, kita SELALU NAK BUAT BENDA SIA-SIA.
Bodoh kan kita?
Nipis kan keyakinan kita?
Nipis kan kepercayaan kita?
Rapuhkan keteguhan iman kita?
Sekejap ingat, sekejap lupa.
Allah…
Itulah PENTINGNYA DAKWAH. Mengingatkan siapa yang terlupa.
MENYEDARKAN SIAPA YANG TIDUR.
Maka dengan itu, saya seru semua sahabat untuk TIDAK JENUH dalam berkongsi yang baik-baik. Menyampaikan berita gembira kepada orang-orang soleh dan menyampaikan peringatan-peringatan untuk kita semua.
Akhir kata dari saya,
Saya juga Hamba Ilahi yang selalu LUPA. Ingatkan saya kalau tersilap, kita sama-sama Hamba yang MENCARI REDHA Allah. :’)
Salam Cinta. Salam Sebar Bahagia.
Teruskan Memberi!