Khamis, 16 Februari 2012

Merungkai Masalah



Bila kita ada masalah,
kekadang kita rasa tak tahan dan kita nak juga luah pada teman kita, kawan kita, adik-beradik kita, dan sesiapa saja yang kita rasa dekat dan percaya.
Kita masih mahu meluahkan walaupun kita tahu, Allah sebaik-baik pendengar.
Kenapa?
Sebab kita rasa, kita mahu bercerita dengan ‘manusia’, yang kita boleh lihat dengan mata kasar kita,
kononnya, kita mahu lega lepas meluahkan semuanya.
Tapi, selalunya, hati kita masih juga tak lega-lega selepas kita berhempas-pulas meluahkan dengan manusia yang kita percaya tu.
Sekali lagi, Kenapa?
Sebab, ‘percaya’ dan ‘yakin’ kita silap.
Kita mengharap kelegaan selepas kita meluahkan dengan manusia, kita merasakan kita akan lega kalau luah dengan manusia. Kita mengharap pada manusia untuk menenangkan dan melegakan kita.
Padahal?
Kelegaan dan ketenangan itu hanya wujud dan hadir dari Allah.
Eh. Bukanlah saya bermaksud, tak boleh meluahkan pada manusia, bukan. Yang saya mahu jelaskan adalah persoalan keyakinan kita.
Nak meluahkan dengan manusia? Luahkan sepenuh hatimu. Tapi, jangan yakin yang manusia akan membuat hatimu tenang. Nanti kamu pasti akan kecewa.
Meluahkan dengan manusia itu cuma usaha kecil kita. Yang memberi ketenangan dan kelegaan itu Tugas Allah. Bukan manusia.
Itu sebab, akan ada yang mengatakan, “Luah dan bagitau masalah dengan sesiapapun, hati tak pernah lega. Hati tak akan tenang.”
Kerana, hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.
Ingat ya. :’)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan